JMCoE-logo

MEDIA COVERAGE

Berita Harian - 26 July 2018

MARIA Castillo-Fernandez (kiri) pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim

Kesatuan Eropah (EU) mensasarkan untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia selepas memeterai FTA dengan Singapura dan Vietnam.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo-fernandez, berkata misi EU ialah menandatangani FTA dengan semua negara ASEAN.

“Kami baru sahaja menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Singapura dan Vietnam, dan kami begitu berminat untuk memula dan mengakhiri rundingan dengan negara anggota ASEAN lain yang terbabit secara aktif dalam rundingan perdagangan bersama kami seperti Filipina dan Indonesia.

Sambung semula rundingan

“Sehubungan itu, kami mahu menyambung semula rundingan bersama Malaysia bagi mencapai persetujuan FTA yang akan menyumbang kepada sasaran menyeluruh EU-ASEAN FTA,” katanya pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-eropah (AEI) Universiti Malaya, di sini semalam.

Usaha mewujudkan EU-ASEAN FTA sudah dirancang sejak 10 tahun lalu, menurut laporan sebelum ini.

Beliau menambah, EU memberi penekanan kepada nilai demokratik, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik serantau dalam hubungannya dengan negara Asia Tenggara.

Source: Berita Harian

©2017-2018 Asia-Europe Institute, University of Malaya. All rights reserved.
The European Commission support for the production of this publication does not constitute an endorsement of the contents which reflects the views only of the authors, and the Commission cannot be held responsible for any use which may be made of the information contained therein.
With the support of the Erasmus+ Programme of the European Union