• Asia-Europe Institute (AEI)
  • pengarah_aei@um.edu.my
  • +603 7967 4645
logo
logo

 

Forum Legasi Tun Abdul Razak

Sempena Memperingati 50 tahun Pemergian Allahyarham

Tarikh: 21 April 2026 (Selasa)
Masa: 9 pagi - 1:30 tengahari
Lokasi: Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Abstrak

Forum Legasi Tun Abdul Razak sempena memperingati 50 tahun pemergian Allahyarham

Di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein (1970–1976), Malaysia berjaya mengharungi tempoh mencabar pasca krisis perkauman serta krisis minyak dunia pertama (1973–1975). Dengan pendekatan pragmatik, pimpinan bertanggungjawab dan komitmen terhadap pembangunan negara, beliau meletakkan landasan penting kepada kemajuan ekonomi, kestabilan sosial dan perpaduan nasional. Melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971), usaha pembasmian kemiskinan dan pengurangan kesenjangan sosioekonomi diperkukuh, di samping memacu pembangunan luar bandar serta perindustrian berorientasikan eksport. Dalam tempoh tersebut, Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi purata tahunan sekitar 8.3% antara 1970 hingga 1980, serta penurunan kadar kemiskinan daripada 49.3% pada 1970 kepada 37.4% pada 1979. Tun Abdul Razak turut dikenang sebagai Bapa Pembangunan, atas usaha memperluas pembangunan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Di peringkat antarabangsa, beliau juga memperkenalkan pendekatan diplomasi keperimanusiaan, termasuk memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara-negara serantau dan dunia. Sempena 50 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak, program ini diadakan bagi mengenang sumbangan dan legasi kepimpinan beliau dalam membentuk asas pembangunan negara, di samping menelusuri nilai serta pendekatan pentadbiran yang terus relevan dalam mendepani cabaran masa kini.

Barisan Penceramah

Profesor Ulung Dato’ Dr. Rajah Rasiah

Profesor Ulung Dato’ Dr. Rajah Rasiah

Moderator

View Profile

Tan Sri Dato’ Sri Nazir Razak

Tan Sri Dato’ Sri Nazir Razak

View Profile

Emeritus Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong

Emeritus Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong

View Profile

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff

View Profile

Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad

Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad

View Profile

Aturcara

Tarikh : 21 April 2026 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya

Masa Perkara
0900 Pendaftaran dan Ketibaan Tetamu Jemputan
0930

Nyanyian lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya

Ucaptama oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Malaysia

Sesi Bergambar

10:30

Forum bermula.

Ahli Panel:

  1. Tan Sri Dato' Sri Nazir Razak, Pengerusi, Yayasan Tun Razak
  2. Emeritus Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Embong, Felo Utama, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia
  3. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad, Penyelidik, Laboratori Kajian Polisi Pertanian dan Makanan, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, Universiti Putra Malaysia

Moderator:
Profesor Ulung Dato Dr Rajah Rasiah,
Pengarah Eksekutif, Institut Asia-Eropah (AEI), Universiti Malaya

1150 Sesi Soal-Jawab
1220 Penyampaian Cenderamata & Gambar rasmi
1230 Majlis Bersurai dan Makan Tengahari

Last Update: 21/04/2026