• Asia-Europe Institute (AEI)
  • pengarah_aei@um.edu.my
  • +603 7967 4645
logo
logo

JMCoE-logo

MEDIA COVERAGE

Berita Harian Online - 25 July 2018

MARIA Castillo-Fernandez (kiri) pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim
MARIA Castillo-Fernandez (kiri) pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) memberi penekanan kepada nilai demokratik, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik serantau dalam hubungannya dengan negara Asia Tenggara.

Sehubungan itu, EU memandang penting soal ekonomi dan integrasi politik serantau, kata Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo-Fernandez. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pembukaan Dialog ASEAN-EU 2018 anjuran Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya, di sini hari ini. 

Maria Castillo-Fernandez kemudian menekankan bahawa atas sebab itu juga EU menjadikan Asia Tenggara, termasuk Malaysia, antara agenda utama dalam usaha rundingan perdagangannya ketika ini. 

"Kami baru saja menyelesaikan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Singapura dan Vietnam, dan kami begitu berminat untuk memula dan mengakhiri rundingan dengan negara anggota ASEAN lain yang terbabit secara aktif dalam rundingan perdagangan bersama kami seperti Filipina dan Indonesia. 

"Sehubungan itu, kami bersedia untuk menyambung semula rundingan bersama Malaysia bagi mencapai persetujuan FTA yang akan menyumbang kepada sasaran menyeluruh EU-ASEAN FTA.

Usaha mewujudkan EU-ASEAN FTA sudah dirancang sejak 10 tahun lalu, menurut laporan sebelum ini.

Rundingan dua hala ini EU-ASEAN bertujuan membangunkan persepakatan bagi memperbaiki FTA di masa depan supaya lebih komprehensif, satu objektif utama negara Eropah dalam hubungannya dengan rantau Asia Tenggara.

Castillo-Fernandez turut merasmikan Erasmus+ Pusat Kecemerlangan Jean Monnet, di Auditorium AEI di sini.

Source: Berita Harian Online

©2017-2021 Asia-Europe Institute, University of Malaya. All rights reserved.
The European Commission support for the production of this publication does not constitute an endorsement of the contents which reflects the views only of the authors, and the Commission cannot be held responsible for any use which may be made of the information contained therein.
With the support of the Erasmus+ Programme of the European Union

Last Update: 10/11/2021